HADAPI MENOPAUS MENGGILA

Tua tak semestinya mematikan semangat muda, semangat biarlah terus membara dan impian kebahagiaan biarlah kekal dilakar dalam bingkai sejarah kelaurga anda. Jangan biarkan serangan menopaus menggagalkan rancangan bahagia anda dan suami.

menopaus - sokongan pada pasangan

Kajian demi kajian para pakar perubatan tentang gejala menopaus sedikit sebanyak memberi panduan bagi wanita tentang pentingnya memiliki emosi yang sihat untuk mendapat fizikal yang sihat.

Perubahan fizikal memberi tanda amaran bahawa wanita perlu memilih pemakanan yang seimbang, dan senaman sesuai untuk memperoleh tahap kesihatan yang baik.

Suami jika mampu wajib menyediakan segala keperluan isteri untuk memastikan suplimen terbaik yang diamalkan, set penjagaan diri dan kecantikkan terbaik di samping nafkah wajib seperti biasa. Amatlah malang para suami jika tidak pedulikan kesakitan isteri bahkan sudah mengira-gira untuk belanja berpoligami.

menopaus dan andropaus

Tetapi perlu diingat isteri jangan sesekali buruk sangka tanpa usul periksa, boleh jadi suami agak kedekut di masa tuanya disebabkan mahu berjaga-jaga setelah memasuki usia pencen, ditakuti keadaan kewangan kelaurga terganggu. Isteri seharusnya mengawal diri supaya jangan terlebih cemburu.

menopaus dan andropaus

Allah SWT Maha Adil, isteri dihilangkan nikmat mudanya dengan menopaus tidak terkecuali para suami akan dihantui mimpi andropaus. Ini telah dinyatakan di dalam Al Quran [Surah Al-Mukmin : ayat 67]:

Dialah yang menciptakan kamu dari tanah, kemudian dari air benih, kemudian dari sebuku darah beku; kemudian Ia mengeluarkan kamu berupa anak kecil; kemudian kamu dipelihara sampai ke peringkat dewasa; kemudian kamu sampai menjadi tua. Dan ada di antara kamu yang dimatikan sebelum itu. Supaya kamu sampai ke masa yang ditentukan; dan supaya kamu memahami kekuasaan Tuhan.”

Menopaus akhirnya bersanding dengan andropaus sebagai bukti keadilan Maha Pencipta!

Kebijaksanaan berkomunikasi mesti dipelajari tidak kira anda belum atau sudah mengalami menopaus, semakin berusia perkahwinan itu semakin penting setiap pasangan menjaga gaya komunikasi. Bukankah Al Quran menunjukkan betapa tua amat sensitif sehinggakan anak-anak dilarang enyakiti hati mereka walau dengan perkataan ‘uh’. Ia membawa kepada kita bahawa seharusnya melayan pasangan ketika kita semakin tua.

menopaus

Kelembutan adalah ubat yang terbaik untuk menopaus dan andropaus, ianya hanya milik mereka yang hatinya kusyuk kepada Allah SWT.

menopaus

Jangan takut gejala menopaus takutlah gejala kufur nikmat dan hilang iman di masa tua. Fokus utama yang perlu dijadikan agenda bersama adalah bagaimana anda dan suami menjalani masa tua di bawah bayang-bayang kematian, ia lebih penting daripada menopaus dan andropaus.

 

 

~dipetik daripada Majalah Wanita, Bil 1664, 2015
(Dr Hj Juanda Hj Jaya-Perunding Undang-Undang Keluarga Islam)

Leave a comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *